Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Parlimen Lubok Antu,Roy Angau Gingkoi.Foto TVS.

Parlimen: Lubok Antu cadang pembinaan ‘inland port’

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 20 Mac: Kerajaan disaran supaya membina ‘inland port’ di Lubok Antu bagi melonjakkan pertumbuhan ekonomi di kawasan berkenaan.

Ahli Parlimen Lubok Antu, Roy Angau Gingkoi berkata, sekiranya dilaksanakan projek itu, ia mampu memainkan peranan penting berikutan kedudukannya yang strategik iaitu berdekatan dengan Kalimantan, Indonesia.

“Sebagai pusat pentadbiran daerah, kawasan itu (sangat) berpotensi untuk diwujudkan inland port,” katanya pada Sidang Dewan Rakyat hari ini.

Sementara itu,Roy Angau juga berharap agar Kementerian Kerja Raya berusaha untuk meningkatkan kesalinghubungan membabitkan Jalan Persekutuan termasuk jajaran Lebuhraya Pan Borneo (LPB) dengan jalan luar bandar di Sarawak.

Kata beliau, ini kerana projek LPB melibatkan peruntukan yang besar mencecah RM20 bilion.

“Dalam hal ini, saya ingin tahu sama ada Kementerian Kerja Raya mempunyai perancangan untuk membina lebih banyak persimpangan bertingkat di LPB bagi memudahkan perjalanan masuk ke pekan sekitar termasuk Engkelili dan Lubok Antu,” katanya.

Jelas beliau, pembinaan persimpangan bertingkat sangat penting kerana ketika ini pengguna jalan raya terpaksa membuat pusingan ‘U’ yang jauh untuk masuk ke dua pekan berkenaan.

“Pada masa sama, saya juga berharap agar kementerian dapat melihat secara terperinci mengenai keperluan untuk meningkatkan tahap keselamatan kepada pejalan kaki dan penunggang motosikal di sepanjang LPB,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan