Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil. Foto Bernama.

Parlimen: Kawasan pedalaman termasuk di Sabah, Sarawak terima akses Internet

ByAhmad Burhanuddin

KUALA LUMPUR, 20 Mac: Sebanyak 839 komuniti orang asli dan kawasan pedalaman telah menerima akses internet melalui satelit di Sarawak, Sabah, perkampungan orang asli serta di beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan salah satu pencapaian memberangsangkan setakat suku keempat 2022 melalui inisiatif Pelan Jalinanan Digital Negara (JENDELA) yang mula dilaksanakan pada September 2020.

“Antara inisiatif lain yang dicapai ialah sebanyak 7.74 juta premis telah diliputi dengan ketersediaan sambungan gentian optik, melepasi sasaran 7.5 juta premis yang ditetapkan.

“Selain itu, kelajuan jalur lebar mudah alih pada kadar purata 116.03 Mbps telah melebihi sasaran kelajuan 35 Mbps yang disasar untuk dicapai pada penghujung tahun 2022,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Anugerah World Summit on the Information Society (WSIS) 2023 di Bangunan Parlimen, hari ini.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata, liputan 4G di kawasan berpenduduk telah diperluas sehingga 96.92 peratus yang juga telah melepasi sasaran 96.9 peratus yang telah ditetapkan.

Dalam pada itu, kata beliau, pelaksanaan 5G yang pada asalnya dirancang di bawah JENDELA Fasa 2 (2023-2025) telah diawalkan pada Fasa 1, iaitu penghujung 2021.

“Pelaksanaan 5G yang dikendalikan Digital Nasional Berhad (DNB) kini berada di landasan tepat untuk mencapai sasaran yang ditetapkan,” katanya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan