Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gloria Jean’s Coffees di Kuching yang merupakan antara koperasi yang terlibat dalam aktiviti francais makanan dan minuman. Foto Syafiq.

Parlimen: Jualan industri francais negara cecah RM26 bilion

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 20 Mac: Nilai jualan industri francais negara telah mencecah RM26 bilion setakat ini berbanding RM14 bilion pada 2020, kata Datuk Ewon Benedick.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata, berdasarkan Laporan Tahunan Perniagaan Francais, nilai jualan industri berkenaan meningkat sebanyak 71 peratus pada 2021.

Katanya, kerajaan pada masa sama menyasarkan 16 industri francais akan berkembang antara 20 peratus hingga 30 peratus pada tahun ini.

“Sehingga Disember 2022, industri francais negara merekodkan 1,197 syarikat francaisor berdaftar dengan 713 daripadanya adalah syarikat francaisor tempatan manakala 428 merupakan syarikat francaisor luar negara,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Premis Gloria Jean’s Coffees di Kuching, Sarawak. Foto Faitullah Morni (TVS)

Sementara itu, beliau memberitahu, terdapat 55 koperasi telah terlibat dalam aktiviti francais makanan dan minuman serta sektor perkhidmatan seperti Ar Rahnu X’Change Bank Rakyat bagi sektor perkhidmatan manakala Marrybrown dan Gloria Jean’s Coffees bagi sektor makanan.

“Kementerian sentiasa menggalakkan koperasi untuk terlibat dalam perniagaan francais bagi merancakkan lagi pembangunan dan sumbangan industri francais untuk meningkatkan pendapatan,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan