Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mayat seorang warga emas dijumpai di kawasan lereng bukit yang terletak kira-kira empat kilometer dari rumahnya. Foto: Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak

Mayat hampir reput ditemukan, anak sahkan mayat bapanya yang hilang

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 20 Mac: Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang sejak hampir dua minggu lalu ditemukan meninggal dunia di sebuah kawasan ladang kelapa sawit di Serian, hari ini.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak menerusi kenyataan berkata, mayat mangsa, Nipol Rantai, 73, ditemukan oleh pekerja ladang kelapa sawit di lereng bukit yang terletak kira-kira empat kilometer dari kediamannya di Kampung Taie, Jalan Bali-Riih, Serian.

Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Serian yang digerakkan ke lokasi mendapati keadaan mayat hampir reput.

“Mayat tersebut adalah mayat orang yang dilaporkan hilang pada 9 Mac 2023 (Khamis) setelah proses pengecaman dilakukan oleh anak mangsa menerusi kemeja warna hitam dan seluar jeans yang dipakai mangsa.

“Mayat mangsa kemudiannya dimasukkan ke dalam beg mayat dan diserahkan kepada polis untuk dihantar ke Hospital Serian,” katanya.

Pada 9 Mac lepas, mangsa dilaporkan hilang di kawasan hutan di Kampung Taie, Serian.

Susulan laporan itu, gerakan mencari dan menyelamat diaktifkan membabitkan anggota bomba dengan bantuan 10 anggota polis, empat anggota polis bantuan dan 30 penduduk kampung. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan