Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Fadillah Yusof bergambar kenangan selepas merasmikan Sambutan Hari Kesihatan Mulut Sedunia dan Pelancaran Dasar Kesihatan Pergigian Kebangsaan di Kuala Lumpur, hari ini. Foto: Bernama

Kemudahan cukai pembelian peralatan pergigian akan dibawa Fadillah untuk perhatian MOF

ByBernama

KUALA LUMPUR, 20 Mac: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata beliau akan membawa kepada Kementerian Kewangan (MoF) untuk penelitian berkenaan kemudahan cukai yang boleh diberikan kepada pembelian peralatan pergigian oleh pengamal pergigian swasta yang mengusahakan klinik mereka di kawasan pinggir dan luar bandar  dalam usaha menyebarluaskan perkhidmatan itu.

“Insya-Allah saya akan bawa perkara ini kepada pengetahuan MoF bagi menentukan langkah bagaimana kita boleh menyokong klinik pergigian ini sebab ia memerlukan peralatan yang agak mahal.

Kalau import duti (peralatan klinik) dapat dikurangkan, sudah pasti ini membantu dari segi kos (pembelian peralatan),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Kesihatan Mulut Sedunia 2023 dan Pelancaran Dasar Kesihatan Pergigian Kebangsaan, di sini hari ini.

Fadillah berkata demikian sebagai mengulas permintaan Timbalan Menteri Kesihatan Lukanisman Awang Sauni pada majlis itu yang berharap kerajaan dapat memberi potongan cukai pembelian peralatan pergigian kepada pengamal pergigian swasta yang mengusahakan klinik gigi di kawasan pinggir bandar dan luar bandar.

Terdahulu, Dasar Kesihatan Pergigian Kebangsaan yang dilancarkan hari ini adalah dasar yang akan meletakkan penyampaian perkhidmatan kesihatan pergigian di landasan yang lebih baik dengan menyatukan semua pihak berkepentingan melalui penyelarasan strategi.

Dasar itu yang julung kali diwujudkan, merangkumi tiga prinsip utama iaitu menekankan usaha mempromosi liputan perlindungan kesihatan sejagat, mengintegrasikan kesihatan pergigian dengan kesihatan umum serta meningkatkan keselamatan dan kualiti kesihatan pergigian. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan