Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah (tengah) bergambar bersama para pemenang Kejohanan MyBorneo E-Force Invitational 2.0. Foto: Hafeezzur Muzamir (TVS)

Penganjuran MyBorneo E-Force Invitational 2.0 beri impak positif

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 19 Mac: Penganjuran Kejohanan MyBorneo E-Force Invitational 2.0 memberi pendedahan berguna kepada atlet dari Sarawak meraih pengalaman bersaing dengan atlet-atlet profesional dari luar negara.

Presiden Persatuan Sukan Elektronik Sarawak (SESA), Afiq Fadhli Narawi berkata, edisi kali ini menyaksikan pihaknya berjaya mencapai setiap objektif yang digariskan dalam penganjuran kejohanan tersebut.

“Antara objektif yang telah kita capai pada tahun ini adalah kita berjaya mengetengahkan bakat-bakat tempatan yang sedia ada dan memberi peluang kepada mereka untuk belajar teknik-teknik dalam sukan ini serta memberi mereka pengalaman bermain bersama peserta luar Sarawak khususnya dari negara Indonesia, Singapura dan Brunei.

“Ini adalah platform yang memberi impak positif terhadap bakat-bakat atau atlet yang ada di Sarawak, “ katanya ketika berucap pada majlis penutup dan penyampaian hadiah kejohanan tersebut di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Afiq berkata, penganjuran kejohanan itu secara tidak langsung mempromosi pelancongan sukan elektronik (e-sports tourism) di Sarawak yang seterusnya dapat memberikan impak positif kepada ekonomi setempat.

Sementara itu, Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah memuji penganjuran kejohanan tersebut yang disifatkan beliau sebagai acara yang turut memberi manfaat kepada para atlet dari sudut lain.

“Saya harus mengakui dari apa yang saya lihat bahawa sukan ini merupakan sukan yang sangat sihat. Selain melibatkan diri anda dalam kejohanan, anda juga dapat menjalinkan persahabatan antara satu sama lain.

“Anda mungkin telah berkomunikasi secara dalam talian, tetapi sekarang apabila anda secara fizikal di Kuching, ia adalah waktu untuk anda mengenali antara satu sama lain dengan lebih dekat, “ ujarnya.

Pada edisi kali ini, seramai 1,476 penyertaan diterima pihak penganjur iaitu dari Sabah dan Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan, Brunei Darussalam, Indonesia serta pasukan jemputan dari Singapura dan negeri-negeri dari Semenanjung Malaysia.

Sebanyak empat kategori dipertandingkan iaitu PUBG Mobile, Mobile Legends, Fifa23, dan Dota 2 yang menyaksikan seramai 191 orang peserta bersaing di peringkat akhir dari 16 hingga 19 Mac bagi merebut hadiah terkumpul keseluruhan berjumlah RM26,500.

Bersempena penganjuran kejohanan tersebut, turut berlangsungnya Sarawak e-Sports Expo 2023 dengan pelbagai aktiviti seperti Sarawak e-sports championship, pameran, forum, dan bengkel dibuka untuk para pengunjung.

Selain itu, sebanyak sembilan syarikat berteraskan industri kreatif, pendigitalan, pembangunan permainan elektronik serta animasi turut serta dengan menawarkan peluang pekerjaan melalui temuduga terbuka kepada para pengunjung. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan