Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sar-Alam Indah Sdn Bhd menyumbangkan RM200,000 untuk membiayai penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang dijalankan bersama Universiti Swinburne Sarawak dalam menjalankan kajian projek perindustrian bertajuk 'Sludge Accumulation Rate and Characteristics of Septic Tanks' semasa menghadiri program SAI World Water Day 2023 di BCCK, di sini hari ini. Foto: TVS

SAI sumbang RM200,000 kepada penyelidikan tingkat pengurusan sisa air Sarawak

KUCHING, 18 Mac: Syarikat pengurusan sisa air, Sar-Alam Indah (SAI) Sdn Bhd menyumbang RM 200,000 untuk pelaksanaan penyelidikan yang menambah baik penyelesaian pengurusan air sisa di negeri ini.

Pengarahnya, Dato Sri Abang Abdul Karim Abang Openg berkata ia akan menjadi sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR) pihaknya dalam menyahut saranan kerajaan ke arah wawasan alam sekitar mampan.

Untuk itu, SAI Sdn Bhd telah menandatangani Memorandum Perjanjian dengan Universiti Teknologi Swinburne Sarawak untuk bekerjasama dalam menjalankan penyelidikan industri bertajuk ‘ “Sludge Accumulation Rate and Characteristics of Septic Tanks,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis SAI World Water Day 2023 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), di sini hari ini.

Lebih penting lagi, kata Abang Abdul Karim pihaknya berharap agar data yang dikumpul daripada penyelidikan tersebut dapat digunakan untuk membantu lagi pengurusan dan penggubalan dasar bagi pengurusan air sisa di Sarawak.

“Apa yang telah dicapai oleh SAI sepanjang dua dekad yang lalu hanya dapat dicapai kerana kerjasama dan sokongan erat daripada pelbagai pihak berkepentingan,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar, Dr Hazland Abang Hipni berkata usahasama itu menunjukkan komited SAI dan Universiti Teknologi Swinburne dalam membantu Sarawak mencapai aspirasi menjadi negeri maju menjelang 2030.

Usaha melaksanakan projek penyelidikan industri dengan kerjasama Universiti Teknologi Swinburne Sarawak katanya merupakan satu lagi bukti yang menunjukkan kelestarian alam sekitar memerlukan usaha kolektif daripada kedua-dua sektor awam dan swasta.

“Kerajaan Sarawak kita telah menyediakan sistem pengurusan air sisa dan sanitasi untuk memastikan sumber air kita dilindungi secara berterusan. Adalah penting untuk kita terus meningkatkan usaha untuk memastikan semua air sisa ini dirawat kerana ia merupakan sebahagian daripada kitaran air.

“Inisiatif SAI untuk sentiasa menjalankan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) dan pencarian teknologi pengurusan air kumbahan daripada pakar global serta usaha untuk mengkaji bagaimana enap cemar septik yang dirawat ditukar kepada Bio-Fetiliser sememangnya amat dipuji,” katanya.

Kelestarian alam sekitar antara perkara utama yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Ekonomi Pasca COVID-19 (PCDS) 2030. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan