Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
V. Sivakumar berkata penangguhan permohonan dan kelulusan kuota pekerja asing dilakukan selepas Kementerian Sumber Manusia meluluskan 995,396 kuota penggajian pekerja asing. Foto fail: Bernama

Permohonan, kelulusan kuota pekerja asing ditangguhkan bermula 18 Mac

ByBernama

PUTRAJAYA, 18 Mac: Permohonan dan kelulusan kuota pekerja asing termasuk melalui Pelan Kelonggaran Penggajian Pekerja Asing (PKPPA), ditangguhkan bermula hari ini sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Mengumumkan perkara itu, Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar berkata keputusan itu dibuat, selepas Kementerian Sumber Manusia (KSM) meluluskan sebanyak 995,396 kuota penggajian pekerja asing daripada pelbagai sektor setakat Selasa lepas (14 Mac).

Beliau berkata jumlah kelulusan kuota itu, telah mengambil kira permohonan kuota pekerja asing yang diproses secara biasa dan menerusi PKPPA, merangkumi lima sektor kritikal iaitu perkilangan, pembinaan, perladangan, pertanian dan perkhidmatan (restoran sahaja).

“Kelulusan kuota pekerja asing setakat ini, dijangka dapat memenuhi keperluan guna tenaga asing oleh industri termasuk di sektor kritikal,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selain itu, beliau berkata penangguhan tersebut dibuat bagi memastikan bahawa majikan yang diberikan kelulusan kuota, untuk mula membuat perancangan bagi kemasukan segera pekerja asing yang diperlukan.

“Saya menggesa semua majikan yang telah diluluskan kuota pekerja asing, untuk menyegerakan proses kemasukan pekerja dalam tempoh masa ini.

“Tambahan pula, jumlah kemasukan pekerja asing masih rendah, berbanding jumlah kuota yang telah diluluskan oleh KSM,” katanya.

Sebelum ini, KSM dengan kerjasama Kementerian Dalam Negeri melaksanakan PKPPA bermula 17 Jan sehingga 31 Mac ini, untuk menyegerakan kelulusan permohonan kuota pekerja asing di lima sektor kritikal iaitu perladangan, perkilangan, pembinaan, pertanian dan perkhidmatan (restoran). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan