Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dr Richard Rapu ketika berucap pada majlis penutupan Betong Education Fair 2023. Foto: Febbright James (TVS)

Pergiatkan pameran pendidikan, kerjaya di pedalaman – Dr Richard Rapu

ByFebbright James

BETONG, 18 Mac: Penganjuran pameran pendidikan dan kerjaya amat didambakan oleh anak muda yang berada di kawasan pedalaman.

Perkara itu diluahkan oleh Ahli Parlimen Betong Dr Richard Rapu sambal msnyeru agensi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) yang berkailan untuk mempergiatkan lagi penganjuran aktiviti terbabit di kawasan jauh dari bandar.

Menurutnya, penganjuran dua kameran itu amat wajar dilaksanakan bagi memastikan para pelajar dan belia di pedalaman dan luar bandar mendapat maklumat berkaitan peluang pendidikan dan kerjaya yang sama seperti di bandar.

“Sebenarnya pameran pendidikan dan kerjaya untuk lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) amat penting kerana kita di luar bandar ini kurang didedahkan dengan maklumat tentang peluang-peluang pendidikan dan kerjaya serta perjalanan selepas tamat sekolah.

“Jika tidak ada pameran seperti ini di luar bandar, ramai yang tidak tahu hala tuju pendidikan dan peluang dan ada juga yang tidak mampu ke Kuching untuk mendapat akses maklumat ini,” katanya ketika berucap pada majlis penutupan Betong Education Fair 2023 di Dewan Panglima Rentap pada Sabtu.

Betong Education Fair 2023 ini dianjurkan oleh Persatuan Pemikir Dayak (DTTAS) dan Layar Education Development Committee (LEDC) yang disertai oleh 20 institut pendidikan dan kemahiran tempatan.

Dalam pada itu, beliau memuji usaha DTTAS dan LEDC menganjurkan pameran seumpama ini bagi memberi ruang dan peluang kepada belia di bahagian Betong untuk mendapat maklumat tentang peluang pendidikan dan kerjaya yang ditawarkan oleh institut tempatan.

“Usaha yang dilakukan oleh pihak penganjur ini wajar dipuji kerana dapat memberi pendedahan kepada ibu bapa dan pelajar berkaitan peluang pendidikan.

“Saya juga menyarankan pelajar-pelajar untuk mengambil bidang atau kursus bukan hanya berdasarkan minat tetapi juga perlu menilai tentang kebolehpasaran sesuatu kursus agar mereka mudah mendapat peluang pekerjaan selepas tamat pengajian kelak,” ujarnya.

Beliau turut menasihati para pelajar yang tidak cemerlang dalam pendidikan agar  menceburi bidang kemahiran dan teknikal ekoran ia mendapat permintaan tinggi di pasaran ketika ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan