Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sarawak United FC tewas 0-2 di tangan Malaysia University FT pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Negeri, Kuching, petang tadi. Foto: Sarawak United (Facebook)

Liga M3: Sarawak United ‘dikuliahkan’ Malaysia University

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 18. Mac: Sarawak United FC ‘dikuliahkan’ Malaysia University FT selepas tewas 0-2 pada perlawanan ketiga saingan Liga M3 2023, pada Sabtu.

Kelebihan beraksi di gelanggang sendiri gagal dimanfaatkan sebaiknya oleh Sarawak United apabila tidak mempamerkan aksi terbaik mereka ketika berdepan skuad Malaysia University yang rata-rata pemainnya dibarisi oleh para pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT).

Gawang gol skuad bujang senang bocor seawal minit ke-10 hasil jaringan Syahir Abdul Rahman yang bijak memanfaatkan peluang terhidang menundukkan penjaga gol Sarawak United, Aquila Abdul Rahman.

Selang enam minit kemudian, gawang gol Sarawak United sekali lagi dibolosi menerusi jaringan Saiful Iskandar.

Tersentak dengan dua gol tersebut, skuad S. Balachandran cuba bangkit pada separuh masa kedua menerusi beberapa asakan berbahaya ke kubu lawan, namun ketumpulan penyudah meranapkan usaha berkenaan.

Keputusan 2-0 kekal berpihak kepada Malaysia University setelah 90 minit perlawanan berlangsung.

Ini merupakan kekalahan kali ketiga berturut-turut daripada tiga perlawanan yang ditempuhi Sarawak United yang menyaksikan pasukan itu gagal menghasilkan sebarang jaringan.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan