Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tangkap layar hantaran Facebook Abu Amin. Foto: FB Abu Amin.

Kampung Gersik banjir, penduduk mohon bantuan

ByAdlina Rahman

KUCHING, 18 Mac: Penduduk Kampung Gersik khuatir berikutan kawasan tersebut mula dinaiki air ekoran hujan lebat di bandar raya ini sejak tengah malam semalam.

Melalui satu perkongsian video di laman Facebook, penduduk kampung, Abu Amin menggambarkan paras air yang tinggi telah menaiki di sekitar kawasan kediamannya.

“Air amat deras dan membahayakan,” kata beliau melalui hantaran sekitar jam 10 pagi tadi.

Menurut Abu Amin, Kampung Gersik dikatakan sering dilanda banjir sekiranya hujan lebat melanda.

Justeru itu, menerusi video yang berdurasi 28 saat itu, beliau merayu bantuan disegerakan bagi membantu penduduk setempat.

Setakat ini, beberapa daerah yang dikenal pasti terjejas banjir meliputi Kuching, Samarahan dan Serian. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan