Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Air mula naik di sekitar Kuching. Foto: media sosial

Bilik Gerakan Info Bencana diaktifkan ekoran banjir kilat di Sarawak

ByNazirah Adlina

KUCHING, 18 Mac: Khidmat Malaysia Pusat mengaktifkan Pusat Operasi atau Bilik Gerakan Info Bencana (BGIB) Pusat bagi memantau dan menguruskan bantuan banjir ekoran hujan lebat melanda beberapa daerah di Sarawak sejak tengah malam semalam.

Perkara itu diumumkan Khidmat Malaysia Pusat menerusi satu hantaran di Facebook rasmi badan berkenaan sebentar tadi.

Menurut hantaran terbabit, orang ramai yang ingin menyalurkan sebarang maklumat berkaitan bencana banjir boleh menghubungi Hotline Khidmat Malaysia di talian 011-14174789.

Selain itu, sumbangan juga boleh disalurkan ke akaun KHIDMAT MALAYSIA (Maybank: 5623 8454 2866) bagi menghulurkan bantuan untuk mangsa banjir yang terjejas.

Terdahulu, perkongsian warga Kuching di media sosial menyaksikan beberapa kawasan di sekitar Kuching, Serian dan Samarahan terjejas akibat air mula naik ke jalan-jalan utama di sini.

Bagi Kuching, kawasan terjejas adalah di Batu 10, sekitar jalan Hospital Umum Sarawak, Kampung Sinar Budi Baru, Taman Desa Wira, Batu 7 dan kawasan sekitarnya, manakala di Samarahan pula kawasan Uni Garden dan Taman Samarindah.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (Met-Malaysia)  turut mengeluarkan amaran ribut petir yang melanda Sarawak bermula pagi ini hingga jam 2 petang nanti.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan