Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penduduk Sarikei yang melakukan aktiviti pembersihan tanah perkuburan Islam di Jalan Haji Karim, Sarikei pada hari ini. Foto: TVS.

Bergotong-royong bersih kubur, rutin subur menjelang Ramadan

SARIKEI, 18 Mac: Amalan gotong-royong membersih tanah perkuburan terus subur dalam kalangan umat Islam yang menjadi rutin menjelang Ramadan tidak lama lagi.

Di Sarikei, program kemasyarakatan itu dihadiri lebih 200 orang penduduk yang bekerjasama melakukan aktiviti pembersihan tanah perkuburan Islam di Jalan Haji Karim.

Penduduk Sarikei yang melakukan aktiviti pembersihan tanah perkuburan Islam di Jalan Haji Karim, Sarikei pada hari ini. Foto: TVS.

Program tersebut dianjurkan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Sarikei.

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh berkata, aktiviti yang bermula pada jam 8 pagi itu bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim dan menanam semangat kerjasama dalam kalangan penduduk.

Penduduk Sarikei yang melakukan aktiviti pembersihan tanah perkuburan Islam di Jalan Haji Karim, Sarikei pada hari ini. Foto: TVS.

“Sambutan daripada warga Sarikei, Temenggung Pemanca, Penghulu, KMKK dan juga pengerusi -pengerusi jawatankuasa masjid di Sarikei ini yang datang bersama-sama untuk mengerjakan pembersihan di kubur di Sarikei ini amat menggalakkan.”

“Jadi inilah satu-satunya pendekatan kita di sini untuk memastikan kerjasama daripada semua pihak dapat dipertingkatkan lagi,” katanya selepas menghadiri aktiviti gotong-royong membersihkan tanah perkuburan di Sarikei hari ini.

Sehubungan itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang menzahirkan penghargaan dan berterima kasih kepada mereka yang hadir menjayakan aktiviti tersebut.

Datuk Len Talif Salleh meninjau aktiviti gotong-royong membersihkan tanah perkuburan di Sarikei pada hari ini. Foto: TVS.

“Keakraban pemimpin-pemimpin, sama ada pemimpin jawatankuasa peringkat masjid atau surau termasuklah peringkat KMKK adalah begitu baik sekali. Oleh sebab itu, perkara ini memudahkan saya menjalankan tugas sebagai wakil rakyat di kawasan ini. Begitu juga ADUN Repok, Dato Sri Huang Tiong Sii yang merupakan penaja yang menaja dalam membangunkan pagar di kubur ini,” katanya lagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan