Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Antara penerima Anugerah Tokoh Wanita Sarawak ialah Norjanah Razali bagi kategori Anugerah Premier Kepimpinan Wanita, Natasha Nasa Douglas Uggah bagi kategori Anugerah Premier Keusahawanan Wanita, Manjeet Kaur Sidhu bagi kategori Anugerah Premier Penggiat Sosial Wanita, Christina Thomas-Mamora bagi kategori Anugerah Premier Pencapaian Khas dan penerima Anugerah Premier Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Cemerlang ialah The Society for Kuching Urban Poor (SKUP). Foto: JaPEN Sarawak

Anugerah Tokoh Wanita Sarawak iktiraf sumbangan wanita pelbagai bidang – Fatimah

ByMuqri Aziz

KUCHING, 18 Mac: Anugerah Tokoh Wanita Sarawak merupakan pengiktirafan serta meraikan sumbangan golongan wanita Sarawak di dalam pelbagai bidang yang diceburi.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) Sarawak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata anugerah berprestij itu merupakan antara pengisian utama Sambutan Hari Wanita Peringkat Negeri Sarawak setiap tahun.

Menurutnya sambutan tahunan akan terus mengangkat dan mengiktiraf sumbangan wanita di Sarawak dengan penyampaian Anugerah Tokoh Wanita Sarawak.

Dengan bertemakan #EmbraceEquity, tahun ini sumbangan wanita Sarawak dalam pelbagai bidang seperti; bidang politik, sukan, seni, kesihatan, undang-undang, pendidikan, keselamatan serta kajian dan penulisan ke arah memperkasakan wanita dan keluarga serta mensejahterakan masyarakat diraikan.

“Merangkul ekuiti bermakna mengiktiraf dan menilai perbezaan di kalangan individu dan kumpulan, dan secara aktif berusaha untuk mewujudkan masyarakat yang adil dan saksama di mana setiap orang mempunyai peluang dan sumber yang sama tanpa mengira latar belakang dan identiti.

“Anugerah tersebut adalah Anugerah Datuk Patinggi Laila Taib, Anugerah Ketua Menteri Kepimpinan Wanita, Anugerah Ketua Menteri Keusahawanan Wanita, Anugerah Ketua Menteri Penggiat Sosial, Anugerah Ketua Menteri Pencapaian Khas, dan Anugerah Ketua Menteri NGO Cemerlang,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Wanita Sarawak 2023 di Pusat Konvensyen Penview (PCC) Demak, Kuching pada Sabtu.

Antara penerima Anugerah Tokoh Wanita Sarawak ialah Norjanah Razali bagi kategori Anugerah Premier Kepimpinan Wanita, Natasha Nasa Douglas Uggah bagi kategori Anugerah Premier Keusahawanan Wanita, Manjeet Kaur Sidhu bagi kategori Anugerah Premier Penggiat Sosial Wanita, Christina Thomas-Mamora bagi kategori Anugerah Premier Pencapaian Khas dan penerima Anugerah Premier Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Cemerlang ialah The Society for Kuching Urban Poor (SKUP).

Dalam perkembangan yang sama, Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS) akan menerbitkan buku sempena Sambutan Hari Wanita peringkat negeri.

“Pada tahun ini, akan dilancarkan ‘Sarawak Women in Scholarly Writing Vol.2’ yang memaparkan hasil tulisan 25 wanita Sarawak.

“Sesi perkongsian telah dikendali oleh Dato Dr. Madeline Berma dan ahli panel terdiri daripada Professor Dr. Ida, Professor Madya Dr. Margaret Chan Kit Yok dan Dr. Nadrawina Isnin,” katanya lagi.

Sambutan tahun ini telah disempurnakan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta isteri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan