Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebuah kenderaan terkandas di bawah bulatan Batu Tiga. Foto: Media sosial.

Amaran ribut petir di Sarawak

ByMuqri Aziz

KUCHING, 18 Mac: Ribut petir melanda Sarawak pada hari ini hingga jam 2 petang, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Amaran ribut petir bagi kawasan terlibat merangkumi kawasan Kuching, Serian, Samarahan dan Miri.

Beberapa kawasan di Kuching pada pagi ini dilaporkan mengalami banjir kilat berikutan ribut petir sejak tengah malam tadı.

Antara kawasan yang terjejas yang dilaporkan di media sosial adalah di kawasan Uni Garden dan Taman Samarindah di Kota Samarahan manakala di Kuching pula adalah di Batu 10, sekitar Jalan Hospital Umum Sarawak, Kampung Sinar Budi Baru, Taman Desa Wira, Batu 7 serta beberapa kawasan yang berdekatan.

Justeru orang ramai dinasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga sementara pengguna jalan raya diminta agar berhati-hati melalui kawasan yang dinaiki air. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan