Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ng Tze Yong. Foto fail: Bernama

Tze Yong cipta kejutan besar, singkir Alexsen di All England

ByBernama

KUALA LUMPUR, 17 Mac: Pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong mencipta sensasi tersendiri apabila menyingkirkan penyandang juara All England, Viktor Axelsen, pada saingan pusingan kedua di Birmingham, malam tadi.

Pertembungan sulung dengan jaguh dunia dari Denmark di Utilita Arena itu, menyaksikan Tze Yong menampilkan semangat juang yang tinggi untuk mendahului perlawanan dengan keputusan 21-15.

Bagaimanapun, Axelsen, tidak gusar dengan kekalahan set pertama itu dan menggunakan pengalaman beliau untuk bangkit semula di set kedua dengan kemenangan 21-9, sekali gus mengheret perebutan slot suku akhir ke rubber set.

Pada set penentuan, Tze Yong, 22, mengekalkan rentak permainan dan kekal tenang di sebalik tekanan Alexsen yang cuba bangkit pada penghujung permainan, namun pemain negara itu mampu bertahan dengan kemenangan 23-21.

Tze Yong seterusnya dijadual bertemu pemain China, Li Shi Feng, dalam pusingan suku akhir hari ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan