Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Hasrat memiliki bangunan sendiri menurut Presiden Persatuan Kebajikan Tionghua Islam Sarawak, Mortadha Lau Abdullah telah direalisasikan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang memberikan sebidang tanah seluas satu hektar kepada pihaknya. Foto TVS.

Pusat Kebudayaan Cina Muslim bakal dibangunkan pada 2025

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 17 Mac: Pusat Kebudayaan Cina Muslim akan dibangunkan di Jalan Diplomatik di sini pada tahun 2025.

Hasrat memiliki bangunan sendiri menurut Presiden Persatuan Kebajikan Tionghua Islam Sarawak, Mortadha Lau Abdullah telah direalisasikan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang memberikan sebidang tanah seluas satu hektar kepada pihaknya.

“Kita berterima kasih kepada Premier Sarawak kerana atas keprihatinan beliau, kita telah diberikan sebidang tanah untuk menubuhkan Pusat Kebudayaan Cina Muslim.

“Walaupun kami ini komuniti minoriti Cina Muslim tetapi tidak pernah dipinggirkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ditemui pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Mortadha memberitahu kerja pembinaan dijangka memakan sedikit masa ekoran pihaknya perlu meneliti pelan pembangunan daripada segi arkitek, kejuruteraan, mekanikal dan lain-lain agar mendapat kelulusan pihak berkaitan.

Setakat ini menurutnya anggaran kos projek itu belum dimuktamadkan susulan perkara tersebut belum diputuskan pihak kontraktor terlibat. -TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan

No data was found