Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mkananan
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika ditemu bual dalam program terbitan TVS, Dialog TVS hari ini. Foto: TVS

Pergolakan bukti arena politik negara bersifat dinamik – TPM Ahmad Zahid

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 17 Mac: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berpendapat pergolakan yang berlaku menjadi elemen untuk mengukuhkan arena politik negara bersifat dinamik.

Tegasnya perbezaan fahaman dalam pentadbiran perlu diraikan susulan ia mendorong kepada setiap keputusan yang perlu dihormati.

Beliau juga mengakui ketika ini tiada sebarang konflik dalaman timbul dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sangat menyantuni perbezaan pendapat.

“Tetapi apabila keputusan telah dibuat sama ada oleh Jemaah Menteri atau diputuskan oleh 20 parti yang berbeza di dalam Kerajaan Perpaduan, ia sangat menghormati keputusan berdasarkan kebersamaan sebab kita melihat titik pertemuan itu lebih penting daripada melayani titik perbezaan,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata demikian dalam program temu bual terbitan TVS, Dialog TVS, di sini hari ini.

Jelas beliau lagi kestabilan politik akan lahir secara semula jadi berhubung parti-parti menanungi Kerajaan Perpaduan bersepakat menzahirkan amalan kesefahaman, keserasian serta saling menghormati antara satu sama lain.

Meskipun memiliki pendirian yang berbeza menurut beliau dengan berpaksikan kepada matlamat mensejahterakan rakyat, kestabilan politik di negara ini mampu dicapai. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan