Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mayat seorang lelaki warga Myanmar ditemui di Perairan Pulau Salak, Kuching, kira-kira 7.2 kilometer dari Pusat Kawalan Bomba di Jeti Perikanan, Santubong. Foto: Bomba Sarawak

Mayat warga asing jatuh dari kapal ditemui di perairan Pulau Salak

ByNur Suhaida Muliyono

SANTUBONG, 17 Mac: Mayat seorang lelaki warga Myanmar ditemui di Perairan Pulau Salak kira-kira 7.2 kilometer dari Pusat Kawalan Bomba di Jeti Perikanan, Santubong di sini.

Mangsa, Win Myat Thu, 19, sebelum ini dilaporkan terjatuh dari kapal di perairan tersebut pada Rabu.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata mayat mangsa ditemui pada jam 1:05 tengah hari tadi iaitu pada hari ketiga operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Seramai tujuh anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), sembilan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dengan kekuatan aset dua bot serta beberapa agensi penyelamat lain turut serta dalam SAR berkenaan.

Dengan penemuan mayat tersebut, SAR ditamatkan secara rasmi pada jam 3 petang.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan