Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Polis Daerah Kanowit Tega Bilong.

‘Love Scam’ jerat suri rumah di Kanowit hingga rugi RM126,320

KANOWIT, 17 Mac: Seorang suri rumah rugi lebih RM126,000 selepas terjerat dalam sindiket ‘love scam’ menerusi media sosial di sini.

Mangsa berusia 45 tahun itu berkenalan dengan seorang lelaki menerusi Facebook sejak awal Februari lalu.

Ketua Polis Daerah Kanowit, Deputi Superintendan (DSP) Tega Bilong berkata, mangsa telah berkenalan dengan seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai ‘James Chong’ kononnya dari Amerika Syarikat.

“Baru-baru ini, pihak kami telah menerima satu laporan daripada seorang pengadu yang merupakan seorang suri rumah warga tempatan berumur 45 tahun,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Tega,  mangsa memberitahu bahawa perkenalannya dengan James bermula daripada Facebook pada bulan lepas.

“Mangsa telah dijanjikan hadiah dari luar negara berupa barang kemas dan wang tunai mata US Dolar yang dihantar melalui pos dan merasa teruja dengan pemberian itu.”

“Pengadu kemudian dihubungi oleh seorang lelaki yang memperkenalkan diri dari pihak kargo dari Kuala Lumpur meminta pengadu membuat pembayaran ‘pelepasan cukai’ kerana kandungan bungkusan mempunyai barang kemas dan wang tunai yang banyak,” katanya.

Terbuai dengan tipu daya James hingga terbit percaya wanita berkenaan telah membuat pembayaran secara berperingkat sebanyak 13 kali sejak 20 Jan hingga 7 Mac ke nombor akaun bank tempatan berjumlah RM126,320.

Namun, mangsa mulai curiga dan merasakan dirinya telah diperdaya apabila panggilannya telah disekat menjadikannya nekad membuat laporan polis di Balai Polis Kanowit.

“Kes disiasat oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial IPD Sibu di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” kata Tega.

Sehubungan itu, katanya orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah terpedaya dan sentiasa berwaspada dengan warga maya atau kenalan baharu yang ingin menjalinkan hubungan persahabatan atau bercinta di laman media sosial terutamanya yang menjanjikan hadiah sebagai tanda sayang. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan