Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sambutan ulang tahun ke-10 bertemakan “Sedekad Mengawasi, Kedaulatan Dilindungi”. Foto: TUDM.

Skuadron 330 TUDM meraikan ulang tahun sedekad

ByOdleen Catherny

KOTA SAMARAHAN, 16 Mac: Skuadron 330 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) meraikan sambutan Hari Ulang Tahun yang ke-10 pada 1 hingga 3 Mac lalu.

Sambutan yang julung kalinya diadakan ini merupakan inisiatif pihak skuadron dalam meraikan pencapaian serta sumbangan warganya sejak ditubuhkan dan beroperasi di Kota Samarahan pada 20 Februari 2013.

Komandan Maktab Tentera Diraja selaku Trade Master Kawal & Lapor (K&L), Brig Jen Dato’ Mohd Shaifuddin Mohd Shariff TUDM dalam perutusannya menzahirkan rasa bangga dan terharu dengan pencapaian Skuadron 330 TUDM sepanjang sedekad pengoperasiannya.

Foto: TUDM.

“Banyak kenangan pahit manis semasa menjadi Ketua Tim Projek bagi penubuhan awal skuadron ini dan Kompleks Radar Gunung Ngili.

Saya merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Pegawai Memerintah serta seluruh warga Skuadron 330 TUDM di atas jemputan untuk meraikan detik bersejarah ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Foto: TUDM.

Selain itu, beliau juga memuji kesiapsiagaan yang dipamerkan oleh skuadron dalam menjalankan operasi termasuklah misi pemintasan pesawat asing yang sering memasuki ruang udara negara terutamanya dalam insiden melibatkan 16 buah pesawat negara China pada 31 Mei 2021.

Di samping itu, objektif lain penganjuran sambutan adalah bagi mengukuhkan silaturrahim antara warga skuadron tersebut yang masih berkhidmat dan mantan-mantan pegawai serta anggota yang pernah menabur jasa di unit ini.

Foto: TUDM.

Sejajar dengan peranan Skuadron 330 TUDM sebagai Control and Reporting Centre (CRC) dalam memelihara kedaulatan ruang udara negara, tema yang dipilih bagi sambutan ini adalah “Sedekad Mengawasi, Kedaulatan Dilindungi”.

Sambutan telah dimulakan pada 1 Mac 2023 dengan Perbarisan Hari Ulang Tahun Skuadron 330 TUDM ke-10 dengan Komandan Maktab Tentera Diraja selaku Trade Master Kawal & Lapor (K&L), Brig Jen Dato’ Mohd Shaifuddin Mohd Shariff TUDM menerima tabik hormat perbarisan.

Foto: TUDM.

Sambutan kemudiannya diteruskan dengan upacara perasmian Galeri Skuadron 330 TUDM oleh Trade Master K&L.

Sambutan ini juga merupakan inisiatif pihak skuadron dalam meraikan pencapaian serta sumbangan warganya sejak ianya ditubuhkan dan beroperasi di Kota Samarahan pada 20 Februari 2013. – TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan

No data was found