Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gambar hiasan. Foto: TVS.

Sarawak tuan rumah SUKMA 2024 – Hannah Yeoh

ByLuqman Muhammad

KUALA LUMPUR, 16 Mac: Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia (SUKMA) secara rasmi bersetuju memilih Sarawak sebagai tuan rumah temasya sukan Malaysia edisi 2024.

Perkara itu diumumkan Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Sukma pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia (SUKMA) dan Majlis Menandatangani Kod Sukan Selamat bersama Exco-Exco Belia dan Sukan Negeri di sini, hari ini.

Menurut Hannah, pemilihan Sarawak selaku tuan rumah 2024 adalah berpandukan kepada persetujuan ahli-ahli untuk memperkenalkan sistem penggiliran tuan rumah secara berselang seli setiap dua tahun di antara Majlis Sukan Negara (MSN) dan negeri-negeri.

“Selepas giliran Sarawak selaku tuan rumah edisi sukma 2024, temasya sukma pada tahun 2026 akan dianjurkan oleh MSN,” katanya.

Menurut Hannah, Kelantan juga telah menyatakan persetujuan untuk menerima tanggungjawab selaku tuan rumah pada edisi sukma 2028.

Jelasnya rasional sistem penggiliran tuan rumah itu bertujuan untuk mengurangkan beban kerajaan persekutuan bagi memberikan bantuan kewangan kepada setiap negeri.

“Ia meliputi peruntukan pembinaan dan naik taraf infrastruktur sukan, kos penganjuran dan juga pembiayaan program persediaan atlet-atlet di peringkat negeri.” jelasnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan