Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah. Foto: Hannah Yeoh (FB Live).

Sarawak ikrar anjur SUKMA 2024, terbaik – Abdul Karim

ByLuqman Muhammad

KUALA LUMPUR, 16 Mac: Diumumkan sebagai tuan rumah Sukan Malaysia (SUKMA) 2024, Sarawak berikrar akan menganjurkan temasya itu dalam momentum terbaik.

Komitmen sedemikian ditegaskan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah hari ini sambil menzahirkan syukurnya terhadap khabar gembira itu hari ini.

Baca artikel berkaitan > > > Sarawak tuan rumah SUKMA 2024 – Hannah Yeoh

“Kerajaan Sarawak ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh serta Exco-Exco Belia dan Sukan Negeri kerana telah bersetuju Sarawak sebagai tuan rumah bagi edisi 2024.

“Insha-Allah kita akan berusaha manjadikan sukan ini sebagai penganjuran yang terbaik.” katanya.

Abdul Karim berkata demikian selepas menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia (SUKMA) dan Majlis Menandatangani Kod Sukan Selamat bersama Exco-Exco Belia dan Sukan Negeri di sini, hari ini.

Terdahulu, menurut Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, selaku tuan rumah Sarawak juga diberikan pilihan memasukkan beberapa sukan tambahan.

“Sarawak telah memutuskan untuk menyenaraikan empat jenis sukan – tinju, muay thai, petanque dan sukan elektronik (e-sports) – bagi temasya SUKMA 2024, tertakluk kepada jumlah minimum penyertaan enam negeri seperti terkandung dalam Peraturan Am Sukan Malaysia,” jelasnya.

Hannah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Sukma berkata, Jawatankuasa tertinggi sukma juga meluluskan cadangan supaya 28 jenis sukan wajib dipertandingkan, bermula daripada temasya SUKMA tahun 2024.

“Senarai 28 jenis sukan wajib yang akan dipertandingkan pada SUKMA 2024 ialah akuatik (renang dan terjun), angkat berat, badminton, berbasikal (trek dan lebuh raya), gimnastik (artistik dan gimrama) dan golf.

Selain itu, katanya, sukan wajib adalah lawan pedang, memanah, menembak, olahraga, pelayaran, hoki, judo, ping pong, taekwondo, karate, boling padang, pencak silat, sepak takraw, skuasy, tenpin bowling, wushu, bola sepak, ragbi, bola jaring, bola keranjang, bola tampar dan tenis. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan