Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
China menuntut hampir keseluruhan Laut China Selatan manakala Taiwan, Malaysia, Vietnam, Filipina dan Brunei menuntut sebahagian kawasan itu yang kaya dengan hasil minyak dan gas. Foto Reuters.

Parlimen: ‘Monster’ di Beting Patinggi Ali bukan kapal perang, jelas MINDEF

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 16 Mac: Kementerian Pertahanan menjelaskan kapal besar yang dirujuk sebagai ‘monster’ di Beting Patinggi Ali bukan kapal perang milik tentera laut negara lain.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kapal besar itu sebenarnya merupakan sebuah kapal peronda pantai.

Kata beliau, sebagai tindak balas, Malaysia telah menempatkan aset pertahanannya di situ selaras dengan undang – undang antarabangsa yang mengiktiraf kawasan itu sebagai Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) Malaysia.

“Kita hantar aset untuk katakan you are in our territory, setiap hari mesej berkenaan dihantar kepada mereka.

“Ini bagi memastikan kedaulatan kita di situ tidak tergugat,” katanya pada Sidang Parlimen di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Ahmad Tarmizi Sulaiman (Perikatan Nasional – Sik) berhubung laporan sebuah portal pertahanan antarabangsa yang mendakwa sebuah kapal besar yang dirujuk sebagai ‘monster’ sering ‘keluar masuk’ di ZEE Malaysia.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata, aset pertahanan negara ditempatkan di situ bertujuan untuk dijadikan bukti sekiranya wujud perbalahan antarabangsa.

Katanya, Malaysia sebelum ini telah membawa pelbagai isu yang tercetus di Laut China Selatan ke perundingan antarabangsa.

Sementara itu, beliau turut memberitahu, Malaysia berpendirian untuk selesaikan ‘pertelingkahan’ di Laut China Selatan secara aman walaupun perairan itu kini menjadi ‘hot spot’.

“Kawasan itu bertindih, mereka (negara asing) menindih sedangkan Undang – Undang Laut Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu kata ia milik kita kerana berada dalam lingkungan 250 kilometer (km).

“Jadi ini kawasan kita, (namun) ada orang (negara) lain kata kawasan dia, oleh itu kita perlu berhati – hati,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan