Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Malaysia dan Brunei kini dalam usaha untuk memeterai MoU bagi menerima hasil penandaan dan pengukuran yang telah disiapkan melibatkan sempadan kedua-dua negara. Foto TVS.

Parlimen: Malaysia dan Brunei selesai ukur sempadan sejauh 128.4 km

ByAhmad Burhanuddin

KUALA LUMPUR, 16 Mac: Kerajaan Malaysia dan Brunei kini dalam usaha untuk memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi menerima hasil penandaan dan pengukuran yang telah disiapkan melibatkan sempadan kedua-dua negara.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) juga telah menjalankan kerja-kerja penandaan dan pengukuran sempadan sejauh 128.45 kilometer (km).

“Namun begitu, baki jarak sempadan darat antara kedua-dua negara dijangka akan dapat disiapkan (penandaan dan pengukuran) pada tahun yang akan datang,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Sementara itu, kata Nik Nazmi, bagi status pengukuran sempadan antarabangsa Malaysia dengan Indonesia pula, sehingga kini, JUPEM telah menjalankan kerja-kerja penandaan dan pengukuran sejauh 1,943 km daripada 2,063 km jarak keseluruhan sempadan darat antarabangsa kedua – dua negara.

Kata beliau, masih terdapat kawasan yang belum dimuktamadkan dengan jarak 119.9km iaitu melibatkan tujuh kawasan bermasalah.

“Mengenai pecahannya, terdapat tiga OBP di sektor Sabah-Kalimantan Utara manakala empat OBP di sektor Sarawak-Kalimantan Barat,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, terdapat satu kawasan di perairan barat Pulau Sebatik berjarak 23km, di mana ia kini dalam proses perancangan, pengukuran, perancangan dan penyelesaian bagi ketiga-tiga OBP di sektor Sabah-Kalimantan Utara pada tahun 2024. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan