Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dewan Rakyat dimaklumkan model pesawat tempur FA-50 yang dibeli Malaysia merupakan versi terkini iaitu block 20 berbanding yang digunakan negara - negara jiran.Foto Reuters.

Parlimen: 18 pesawat tempur FA-50 dibeli Malaysia versi terkini – MINDEF

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 16 Mac: Keputusan kerajaan membeli 18 buah pesawat pejuang FA-50 Block 20 dilakukan secara teliti bagi memenuhi keperluan semasa negara, Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pembelian menerusi tender antarabangsa itu mendapat ‘lampu hijau’ daripada tiga jawatankuasa penilai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) selaku pengguna.

Kata Mohamad, pesawat tempur ringan berkenaan sebelum ini digunakan oleh Thailand, Indonesia dan Filipina serta memiliki rekod perkhidmatan yang baik.

“Sekurang – kurangnya tiga tingkat penilaian oleh user (Tentera Udara Diraja Malaysia) mengenai pembelian FA-50 Block 20 yang menggunakan enjin Lockheed Martin dari Amerika Syarikat,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Hassan Karim (Pakatan Harapan – Pasir Gudang) yang ingin tahu kriteria digunakan oleh Kementerian Pertahanan sebelum membuat keputusan untuk membeli pesawat tempur berkenaan yang dikeluarkan oleh Korea Aerospace Industries (KAI).

Sementara itu, Mohamad turut menjelaskan, model yang ditempah oleh TUDM merupakan versi terkini iaitu block 20 berbanding block 16, 18 dan 19 yang digunakan oleh negara – negara jiran.

“Disebabkan (FA-50 Block 20) dipercayai boleh diuruskan dengan baik, jadi ia merupakan justifikasi TUDM untuk memilih 18 pesawat berkenaan untuk batch pertama.

“Pesawat berkenaan mempunyai kemampuan untuk membawa peluru berpandu, (pesawat) dahulu tidak ada kemampuan,” katanya.

Beliau menambah, FA-50 Block 20 juga mempunyai keupayaan hampir sama dengan A multirole combat aircraft (MRCA) namun ia lebih ringan dan laju. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan