Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penyanyi dan pemain sape antarabangsa, Alena Murang. Foto: Faitullah Morni (TVS)

Pameran seni Alena Murang, ‘Colours of the Highland’ bakal dibuka pada 18 Mac

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KOTA SAMARAHAN, 16 Mac: Pameran seni lukisan solo penyanyi dan bintang sape terkenal, Alena Murang di Hoan Gallery, La Promenade Mall, Kota Samarahan akan mula membuka pintunya pada 18 Mac, Sabtu ini.

Pameran sulung itu disifatkan Alena antara usaha beliau mengamit semula kenangan manis sebagai anak Kelabit dalam nada warisan kontemporari kepada orang ramai melalui kanvasnya.

Lebih 50 lukisan akan dipamerkan termasuk lukisan figura yang dihasilkan pada awal tahun 2010 selain lukisan potret terkenal beliau berjudul, The Storyteller 2018.

Lukisan abstrak memaparkan pusaran tradisional kelabit dikenali sebagai ‘arit’ turut diketengahkan pada pameran yang akan berakhir pada 30 April depan.

“Pameran ini dibuka secara percuma tatapan umum serta ada yang dijual kepada peminat seni.”

“Menerusi kekerjasama dengan Hoan Gallery, saya menjual lukisan dijual pada harga antara RM3,000 hingga mencecah RM25,000,” katanya pada sidang media di sini, pada Khamis.

Dalam perkembangan sama, pelatun lagu ‘Midang Midang’ itu berharap agar penggiat seni Sarawak yang lain turut mengikut jejaknya dengan melebarkan sayap bakat masing-masing dengan mengenegahkan warisan dan budaya Sarawak.

“Impian saya juga adalah untuk melihat mereka melakar sejarah agar penggiat seni Sarawak dapat memajukan diri hingga ke persada antarabangsa,” katanya lagi.

Pemuzik Kelabit itu memberitahu, kejayaan beliau hari ini hingga berjaya mengadakan pameran solo atas berkat galakan ibunya yang yakin terhadap potensi beliau dalam seni melukis serak di bangku sekolah lagi.

“Setelah meninggalkan pekerjaan korporat pada tahun 2013, saya memperoleh Sijil Seni Visual di LA SELLE College of the Arts di Singapura dan seterusnya saya mengikuti beberapa pameran secara berkumpulan dengan artis-artis lain di beberapa buah negara seperti Taiwan dan banyak lagi,” ujarnya berkongsi titik bermulanya perjalanan seni pada kanvas.

Memakan masa hampir 10 tahun untuk berjaya membuka pintu pameran solo, Alena berharap anak seni yang baharu menapak agar tidak berputus asa kerana sifat sedemikian katanya membuahkan hasil.

Pameran seni itu dibuka mulai Sabtu ini, pada jam 7 malam. Masuk adalah percuma.

Maklumat lanjut boleh didapati di laman web hoangallery.com atau lapromenademall.com.my. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan