Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kolekasi Gundam Plastic Model yang dimiliki Syed Muhammad Hafeez. Foto: Syed Muhammad Hafeez & TVS

Hobi mereka model ‘Gunpla’ jadi punca rezeki

ByNazirah Adlina

KUCHING, 16 Mac: Bersandarkan kepada minat terhadap watak fiksyen salah sebuah siri animasi terkenal dari Jepun mencetus idea anak muda ini mentransformasikan hobi menjadi punca rezekinya.

Syed Muhammad Hafeez, 33, tampil kreatif dengan memodifikasi ‘Gunpla’ iaitu singkatan untuk Gundam Plastic Model yang merupakan kit model plastik popular dengan reka bentuknya yang dikeluarkan pada 1980-an kepada pembuatan modal skala, atau lebih spesifik, modal robot plastik. 

Bagi hafeez, minatnya terhadap ‘Gunpla’ mula berputik sejak berumur 12 tahun lagi menjadikannya giat berjinak dalam membina model tersebut sejak sembilan tahun yang lalu dengan bermodalkan hanya RM100 untuk membeli peralatan asas bagi hobinya itu.

Koleksi ‘Gunpla’ atau Gundam Plastic Model yang dibuat Syed Muhammad Hafeez. Foto: Syed Muhammad Hafeez.

“Saya minat dengan animasi kerana mekanikal yang ada pada robot pada watak animasi kerana kerumitan dalam model itu,” katanya kepada TVS.

Walaupun hampir 10 tahun ‘menghidupkan’ watak itu dengan tangannya, Hafeez mendedahkan dirinya tampil berani mengambil tempahan sejak tiga tau empat tahun kebelakangan ini.

Selain itu Hafeez memberitahu beliau tidak meletakkan harga yang spesifik bagi pelanggannya kerana ia bergantung kepada jenis model tersebut serta kemahuan pelanggan.

Menjelas lanjut hafeez menyatakan dirinya turut memberi perkhidmatan ‘Custom 3D Printing’ dan pembuatan Diorama untuk model Gunpla yang dijual kepada pelanggannya, mengikut tempahan.

Koleksi ‘Gunpla’ atau Gundam Plastic Model yang dibuat Syed Muhammad Hafeez. Foto: Syed Muhammad Hafeez.

“Saya mengenakan caj mengikut masa yang saya luangkan untuk membuat satu model, kemahiran serta pengalaman saya dan bahan yang saya gunakan,”

Hafeez memberi contoh, cat yang digunakan boleh mencecah harga RM10 sehingga RM20 bagi satu botol.

Menjelas lanjut beliau mengatakan tempahan yang diterima tidak semestinya Gunpla yang telah siap ‘dibangunkan’ olehnya.

Malah, ada pelanggan yang menghantar model yang separa siap untuk diubah suai mengikut kehendak pelanggan atau untuk diperbaiki.

Setakat ini, Hafeez berjaya menjana kira-kira lebih RM4,000 setahun, dengan meraih pendapatan sehingga RM3,000 bagi sejenis Gupla merupakan harga jualan tertingginya yang dikenakan setakat ini.

Dalam pada itu, Hafeez mendedahkan selain hobinya itu, beliau merupakan seorang pereka grafik.

Namun, beliau berharap selepas ini dirinya berjaya bergelar pembuat model skala secara profesional dan hingga mampu menembusi pasaran global pada masa akan datang. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan