Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Program gunting rambut secara percuma yang berlangsung hujung minggu ini. Foto: Facebook Nancy Shukri

Gunting rambut pelajar secara percuma di sekitar Santubong hujung minggu ini

ByNina Azman

KUCHING, 16 Mac: Pelajar sekolah rendah dan menengah di sekitar kawasan Santubong berpeluang menikmati tawaran gunting rambut secara percuma sempena Program ‘Back to School’ pada hujung minggu ini.

Program anjuran Pejabat Khidmat Rakyat kawasan Parlimen P193 Santubong itu dijayakan dengan kerjasama Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (CENTEXS) akan berlangsung dua hari iaitu 18 hingga 19 Mac.

Para pelajar akan mendapat manfaat pada program tersebut yang akan diadakan di tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah parlimen Santubong, iaitu meliputi N3 Tanjong Datu, N4 Pantai Damai serta N5 Demak Laut.

Mengikut jadual, pada 18 Mac (Sabtu), program akan berlangsung di DUN N4 Pantai Damai bertempat di Dewan Sri Merpati, Institusi Kemahiran (IKM) Kuching.

Manakala di DUN N5 Demak Laut, ia bertempat di Dewan Dato’ Sri Wan Junaidi, Kampung Tabuan Lot dari 10 pagi hingga 5 petang.

Seterusnya pada 19 Mac (Ahad) pula, program di N3 Tanjong Datu akan diadakan di Dewan SK Bumiputera Lundu mulai jam 10 pagi sehingga 2 petang.

Aiskrim percuma turut disediakan sepanjang program tersebut dan pelajar digalakkan untuk datang beramai-ramai lokasi berhampiran sebelum sesi persekolahan bermula. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan