Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Abdullah Saidol bercakap pada majlis penyampaian sumbangan kepada masjid dan surau di Masjid Kampung Betanak. Foto: UKAS

Dewan masyarakat di Pulau Bruit, komponen wujud pekan kecil

DARO, 16 Mac: Sebuah dewan masyarakat bernilai RM8.3 juta yang bakal dibina berhampiran Pusat Pertumbuhan Desa (RGC) Kampung Semop bakal merubah wajah Pulau Bruit selepas ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop, Datuk Abdullah Saidol berkata pembinaan kemudahan itu merupakan sebahagian komponen penting dalam usaha kerajaan untuk mewujudkan pekan kecil di kawasan RGC.

Menurutnya, pelaksanaan projek terbabit juga sebahagian pelan pembangunan jangka panjang kerajaan untuk kemudahan rakyat khususnya bagi tujuan perjumpaan umum seperti majlis keraian, rekreasi dan aktiviti sosial.

“Pembinaannya amat penting untuk masyarakat Pulau Bruit kerana akan menjadi sebuah dewan yang besar untuk majlis-majlis dan acara yang besar.

“Kita menjangkakan, ia mampu menampung lebih 1,000 orang dalam satu-satu masa,” katanya.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan Unit Komunikasi Awam Sarawak) itu berkata demikian kepda pemberita selepas mengadakan lawatan kerja di Pulau Bruit, pada Rabu.

Beliau juga meyakini dewan masyarakat Pulau Bruit itu akan menjadi penanda aras bagi pembangunan di kawasan itu, sekali gus melonjakkan pertumbuhan ekonomi dan sosial komuniti setempat.

“Ini adalah satu komponen dalam usaha kita untuk membina pekan kecil di Pulau Bruit terutama sekali di kawasan RGC, kerana selain daripada dewan itu nanti, kita cuba merealisasikan pembinaan masjid Pulau Bruit serta beberapa lagi komponen lain seperti balai polis, klinik, balai bomba berskala kecil dan pusat perniagaan,” ujarnya.

Justeru itu, beliau optimis ledakan pembangunan bakal berlaku di kawasannya setelah projek pembinaan Jambatan Batang Lassa dan Paloh siap sepenuhnya tidak lama lagi.

Perkembangan itu menurutnya secara tidak langsung akan membantu pertumbuhan sosio ekonomi penduduk bukan sahaja di Semop sebaliknya seluruh di seluruh kawasan Pulau Bruit.

“Saya rasa dengan terbentuknya pekan kecil ini, suasana di Pulau Bruit akan lebih meriah, bukan hanya aktiviti sosial dan ekonomi tetapi juga mungkin ada beberapa tempat menarik untuk dijadikan sebagai tarikan pelancong.

“Dalam pada itu, saya juga berharap semua pihak memberikan kerjasama agar projek yang dirancang ini berjalan dengan lancar dan sempurna,” katanya.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan