Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto: Pejabat Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah

Delegasi Sarawak ke UNWTO terokai peluang lestari pelancongan

ByAkma Salleh

KUCHING, 16 Mac: Sarawak menghantar 15 delegasi ke Pertubuhan Pelancongan Dunia PBB (UNWTO) di Marrid Sepanyol untuk meneroka peluang kerjasama negeri ini sebagai destinasi pelancongan.

Lawatan rasmi delegasi itu diketuai oleh Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul karim Rahman Hamzah, pada 15 Mac.

Menerusi satu kenyataan, Abdul Karim berkata Sarawak berhasrat membincangkan kerjasama dengan UNWTO berhubung inisiatif dasar dan amalan lestari serta pengurusan data pelancongan.

Menurut beliau lawatan itu juga antara lain, turut menyentuh kepentingan biodiversiti, pemuliharaan tapak warisan budaya serta ekonomi tenaga biru dan hijau.

“Selaras dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030, Sarawak menyasarkan untuk menjadi destinasi utama dalam ekopelancongan dan acara perniagaan Asean.”

“Sehubungan itu, ini juga akan mengukuhkan hubungan di antara Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak dan UNWTO dalam jangka panjang di samping memulihkan pelancongan di Sarawak,” kata kenyataan tersebut.

Dalam masa sama, delegasi Sarawak turut didedahkan dengan bidang pakar UNWTO seperti International Network of Sustainable Tourism Observatories (INSTO), One Planet initiatives (Global Tourism Plastics Initiative and the Glasgow Declaration on Climate Action in Tourism), Best Tourism Village dan World Tourism Barometer dalam usaha menuju ke arah pembangunan mampan.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan