Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
TPM Fadillah, Nancy dan Aaron menziarahi Nanta hari ini. Foto: Alexander Nanta Linggi (FB)

TPM Fadillah bersama Nancy, Aaron ziarah Nanta di hospital

ByYazid Ibrahim

KUCHING, 15 Mac: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof bersama beberapa lagi menteri dari Sarawak menziarahi Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi di hospital petang tadi.

Kunjungan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) itu disertai Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri.

Baca artikel berkaitan > > >  Sesungguhnya jasa baik semua tidak dapat saya balas – Nanta

Perkara itu dikongsikan Nanta menerusi satu hantaran di Facebooknya hari ini sambil menggambarkan lawatan mengejut daripada rakan seperjuangannya telah menaikkan semangat beliau untuk kembali pulih seperti sedia kala.

“Ada juga cerita lucu boleh buat kami ketawa, boleh juga hilangkan sekejap rasa sakit, ternyata ketawa bagus untuk hilangkan sakit,” katanya melalui hantaran tersebut.

Selain itu, Ahli Parlimen Kapit itu juga turut berkongsi pengalaman mendapatkan rawatan di hospital selama seminggu ini kepada rakan-rakan menterinya.

“Terima kasih Datuk Seri Fadillah Yusof, Datuk Seri Nancy Shukri dan Datuk Aaron. terima kasih juga kepada semua yang telah meluangkan masa untuk melawat saya di sini,” ujarnya turut mendoakan kesejahteraan semua pihak yang mendoakan beliau segera sembuh.

Terdahulu pada Selasa, Nanta turut menerima panggilan telefon daripada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut prihatin terhadap keadaan beliau selepas menjalani pembedahan.

Difahamkan Nanta telah menjalani pembedahan pada lutut ekoran kecederaan lampau yang dihidapinya di bahagian lutut di HKL baru-baru ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan