Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Foto: Awang Azmil (TVS)

Sarawak optimis tangani perubahan iklim, rangka kerja komprehensif – Abang Johari

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 15 Mac: Kerajaan Sarawak optimis membangunkan dasar perubahan iklim dengan menyediakan rangka kerja komprehensif untuk menangani isu kritikal berkenaan.

Tegas Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg,  dasar kerajaan Sarawak itu diyakini akan membimbing rakyat Sarawak ke arah masa depan yang lebih mampan serta berdaya tahan.

“Sebagai sebuah negeri yang komited untuk menangani perubahan iklim, kita mesti meneroka dan melaksanakan pelbagai strategi untuk mengurangkan pelepasan karbon dan mengurangkan kesannya,” katanya.

Abang Johari berkata demikian dalam ucaptamanya sempena Persidangan Karbon Asia 2023 di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau mengakui bahawa kehidupan bandar dan aktiviti ekonomi merupakan punca utama pelepasan gas rumah hijau, oleh sebab itu kerajaan katanya sedang membangunkan pelan tindakan rendah karbon di negeri ini.

“Pelan tindakan ini akan membantu untuk menangani cabaran alam sekitar seperti pengurusan sisa, banjir dan pencemaran udara sambil menggalakan gaya hidup rendah karbon.” ujarnya.

Tegas Abang Johari, Sarawak secara agresif menetapkan sasaran untuk pembangunan tenaga boleh diperbaharui seperti solar, angin dan hidro.

“Ini akan mengurangkan kebergantungan terhadap bahan api fosil selain dapat mengurangkan pelepasan karbon,” jelasnya.

Abang Johari menyatakan lagi pelaksanaan sasaran tenaga boleh diperbaharui juga akan menggalakkan pelaburan dalam teknologi ini, selain mewujudkan peluang perniagaan dan pekerjaaan untuk rakyat di negeri ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan