Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis menjalankan siasatan di tempat kejadian. Foto: BSPT IPD Sibu

Polis kesan suspek langgar lari gelandangan lelaki di Sibu

SIBU, 15 Mac: Polis sedang berusaha mengesan suspek kes langgar lari hingga menyebabkan kematian seorang lelaki dipercayai gelandangan di Jalan Oya, Lorong 31 di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner (ACP) Zulkipli Suhaili berkata, mangsa berusia dalam lingkungan 30-an belum dikenal pasti identitinya disyaki telah dilanggar ketika melintas jalan raya di lokasi kejadian pada jam 11.35 malam.

“Kemalangan berlaku ketika pejalan kaki dipercayai seorang gelandangan lelaki melintas jalan telah dilanggar oleh kenderaan yang tidak diketahui,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Akibat kemalangan itu, pejalan kaki tersebut mengalami cedera parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas ambulans dari Hospital Sibu.

Sehubungan itu, katanya pihak polis meminta waris atau orang awam yang mengenali mangsa untuk tampil memberi maklumat kepada pegawai penyiasat Insp Mohd Salman Zulfitri Sheekandar di talian telefon 013-9999269.

“Kes tersebut masih dalam siasatan dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ 1987,” jelasnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan