Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Parlimen Batang Sadong, Rodiyah Sapiee. Foto Firdaus Ismail (TVS)

Parlimen: Sarawak amalkan perpaduan kaum dan agama yang utuh

ByAhmad Burhanuddin

KUALA LUMPUR, 15 Mac: Pemilihan Sarawak sebagai lokasi pertama sambutan Minggu Perpaduan Negara dilihat bertepatan dengan semangat perpaduan yang wujud di wilayah berkenaan.

Ahli Parlimen Batang Sadong, Rodiyah Sapiee berkata, keputusan Kerajaan Persekutuan melancarkan sambutan berkenaan di Sarawak juga tidak mengejutkan kerana pada 2015 Kuching pernah diisytihar sebagai Bandaraya Perpaduan.

“Saya selaku rakyat Sarawak sangat berbangga kerana kita dipilih sebagai lokasi sulung penganjuran Minggu Perpaduan Negara dengan tema Ini Malaysia Kita,” katanya kepada TVS hari ini.

Baca artikel berkaitan di sini >>> Parlimen: Perdana Menteri akan lancarkan Minggu Perpaduan Negara di Sarawak

Semalam, Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang memaklumkan, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual melancarkan program sulung Minggu Perpaduan Negara di Sarawak pada hujung Mei ini sebelum diteruskan ke seluruh negara.

Sementara itu, Rodiyah berkata, beliau sangat bersetuju dengan kenyataan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada tahun lepas yang mengatakan Sarawak memiliki toleransi yang tinggi, asas perpaduan kaum dan agama yang kukuh.

“Ini menunjukkan bukti nyata mengenai perpaduan kaum di Sarawak yang mempunyai lebih 27 etnik, masing – masing mempunyai budaya, bahasa kepercayaan dan kehidupan namun keharmonian yang dipamerkan sukar dilihat di negeri lain,” katanya.

Pada masa sama, Rodiyah berharap agar rakyat Sarawak dapat mengekalkan nilai murni berkenaan dan tidak terpedaya dengan dakyah pihak tertentu yang mahu menggugat perpaduan kaum yang diamalkan sejak sekian lama di Malaysia.

“Saya yakin dan percaya yang sambutan Minggu Perpaduan Negara pada tahun ini akan dapat mengeratkan perpaduan dan hubungan antara masyarakat tanpa mengira kaum, agama atau fahaman politik,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan