Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
PKS di Sarawak perlu dipastikan menerima dana yang diumumkan oleh Perdana Menteri, kata Rodiyah Sapiee. Foto Bernama.

Parlimen: RM600 juta untuk PKS Sabah dan Sarawak perlu ‘sampai’ kepada golongan sasar

ByAhmad Burhanuddin

KUALA LUMPUR, 15 Mac: Agensi yang terlibat untuk merealisasikan hasrat Kerajaan Persekutuan memacu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Sabah dan Sarawak perlu memastikan peruntukan diumumkan ‘sampai’ kepada golongan sasar.

Baca artikel berkaitan >>>>> TERKINI: Anwar umum dana RM600 juta kepada PKS Sarawak dan Sabah

Ahli Parlimen Batang Sadong, Rodiyah Sapiee berkata, ini kerana PKS di dua wilayah berkenaan sangat memerlukan suntikan dana kerajaan bagi memacu perniagaan mereka yang sebelum ini terjejas akibat pandemik COVID-19.

Mengambil contoh di kawasan diwakilinya, Rodiyah berkata, majoriti perniagaan di sana diusahakan oleh peniaga kecil malahan terdapat juga pekebun kecil yang memasarkan hasil tanaman mereka.

“Saya mengalu – alukan serta berterima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengumumkan dana RM600 juta untuk bantu PKS di sana.

“Sudah pasti saya mengharapkan mekanisme pelaksanaan yang betul bagi memastikan rakyat di sana mendapat manfaat,”katanya kepada TVS hari ini.

Ahli Parlimen Batang Sadong, Rodiyah Sapiee. Foto Firdaus Ismail (TVS)

Sebelum ini, Anwar mengumumkan dana tambahan berjumlah RM600 juta kepada Sabah dan Sarawak untuk membangunkan PKS di dua wilayah berkenaan.

Mengenai sektor yang boleh diteroka, Rodiyah berkata, bidang pertanian di Batang Sadong memerlukan suntikan teknologi baharu termasuk mengaplikasikan penggunaan internet kebendaan (IoT) dalam kegiatan penanaman.

“Saya mahu mereka mendapat dana yang diumumkan untuk meningkatkan kaedah pertanian yang sekarang kita tahu mengalami perubahan apabila teknologi moden telah digunakan.

“Mereka (kemudian) boleh menceburi dalam bidang hidroponik, pertanian pintar-iklim kerana di Batang Sadong pertanian dijalankan secara skala kecil,” katanya.

Jelas Rodiyah, hasrat mengguna pakai teknologi dalam bidang pertanian juga selaras aspirasi Kerajaan Sarawak yang mahu memajukan sektor berkenaan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan