Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Parlimen Sri Aman, Dato Sri Doris Sophia Brodie berharap agar komitmen untuk membangunkan kawasan luar bandar Sarawak diterjemah dalam bentuk tindakan. Foto Faitullah Morni dan Firdaus Ismail (TVS)

Parlimen: Janji pembangunan untuk Sarawak perlu ditunaikan

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 15 Mac: Sebarang janji melibatkan projek pembangunan dan kesejahteraan rakyat yang mahu dilaksanakan di Sarawak harus diterjemahkan dalam bentuk tindakan.

Ahli Parlimen Sri Aman, Dato Sri Doris Sophia Brodie berkata, setakat ini beliau berpuas hati dengan maklum balas yang diterima daripada beberapa kementerian berdasarkan isu yang dibangkitkan di Dewan Rakyat.

“Ini hanya permulaan kerana saya akan terus usul beberapa isu di Parlimen.

“Namun saya amat berharap agar kementerian melaksanakan apa yang telah dijanjikan untuk rakyat,” katanya kepada TVS di Parlimen.

Berkenaan masalah di Sri Aman yang perlu diberi perhatian, Doris Sophia berkata, ketika ini kawasan berkenaan masih memerlukan penambahbaikan membabitkan aspek infrastruktur, jalan, sekolah dan pembangunan desa.

Sementara itu mengulas mengenai perancangan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah yang akan bekerjasama dengan Kerajaan Sarawak untuk membangunkan estet padi berskala besar di kawasannya, beliau menyambut baik inisiatif berkenaan.

“Ini kerana Sri Aman memang sudah dikenal pasti sebagai hab agro dan ladang padi berskala besar ini sudah pasti akan bantu sosio ekonomi rakyat setempat,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan