Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ujian penerbangan kereta terbang berpemandu pertama Jepun berjaya dijalankan di barat Osaka pada Selasa. Foto: Reuters

Kereta terbang berpemandu mulakan penerbangan di luar pertama di Jepun

ByBernama

OSAKA, 15 Mac: Ujian penerbangan kereta terbang berpemandu pertama Jepun berjaya dijalankan di barat Osaka pada Selasa.

Kereta terbang satu tempat duduk buatan Lift Aircraft Inc. dari Amerika Syarikat itu terbang selama kira-kira 10 minit.

Semasa penerbangan, ia berlegar kira-kira lapan meter di atas tanah dan kemudian dipandu berpusing-pusing, menurut Jiji Press.

Ujian penerbangan kereta terbang berpemandu pertama Jepun berjaya dijalankan di barat Osaka pada Selasa. Foto: Reuters

Syarikat perdagangan Jepun Marubeni Corp. menjalankan ujian penerbangan itu di padang besbol di Osaka Castle Park dengan kerjasama kerajaan bandar dan wilayah Osaka. Kereta terbang dijangka digunakan secara komersial pada Ekspo Osaka 2025, katanya.

Selepas pendaratan, Masatoshi Kumagai, pengerusi dan ketua pegawai eksekutif firma teknologi maklumat utama Jepun GMO Internet Group Inc. memberitahu pemberita bahawa kereta terbang “akan menjadikan impian manusia sebagai kenyataan.”

“Saya berharap (kereta terbang) akan digunakan secara praktikal di Ekspo dan melakukan yang terbaik,” katanya.

Marubeni dipilih sebagai operator kereta terbang bersama syarikat lain termasuk syarikat penerbangan ANA Holdings Inc. dan Japan Airlines.

Penerbangan ujian luar itu akan menyediakan data mengenai tahap bunyi dan kesan angin pada laluan penerbangan yang menghubungkan tapak acara dan parkir kereta terbang di luar bandar raya, selain menimbang  langkah-langkah keselamatan, katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan