Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Fudgy Batik yang merupakan salah satu kek atau pemanis mulut yang dihasilkan Nur Afiqa. Foto TVS.

Hobi menjadi punca rezeki buka studio membuat kek

KUCHING, 15 Mac: Gemar membuat pastri di rumah menjadi titik mula kepada usahawan wanita ini terjun ke industri pemanis mulut hingga berjaya membuka sebuah studio kek di sini.

Nur Afiqa Duri Razak, 26, tampil memulakan kerjaya sebagai pembuat kek sepenuh masa sejak 2018 setelah tamat mengikuti kelas di Pastries School di Kuala Lumpur.

 

 Nur Afiqa Duri Razak menerangkan kek atau pemanis mulut yang dihasilkan olehnya. Foto TVS.

“Saya memulakan perniagaan ini pada tahun 2019 dan pada masa itu, saya hanya pembuat roti dari rumah sahaja. Saya lakukannya secara suka-suka.”

“Saya memulakan perniagaan secara kecil-kecilan dan bermula itu ia menjadi komitmen saya. Saya jualnya kepada kawan, keluarga dan lama-kelamaan ramai yang hendak mencubanya,” katanya ketika ditemui TVS baru-baru ini.

Menurut, Nur Afiqa lagi pelbagai cabaran didepaninya namun tidak mematahkan semangat wanita muda berkenaan.

Bagi mengekalkan jenama produknya, beliau akan memperkenalkan beberapa produk manisan baharu untuk menarik perhatian para pelanggan.

“Pada mulanya agak sukar kerana kadang kala tiada pelanggan dalam sehari. Saya menjualnya kepada keluarga dan kawan-kawan tetapi kadang kala tidak habis dijual, mungkin kerana ia baru bermula.”

“Jadi saya mendapat satu ilham untuk membuat pembaharuan kepada produk saya iaitu kek batik. Saya menjadikan kek batik tersebut menjadi bentuk bar.”

“Sebenarnya, dahulu hanya ada perisa Milo sahaja dan sekarang saya mempelbagaikan perisanya iaitu perisa Horlicks, Matcha dan Coffee. Jadi, saya sentiasa membuat pembaharuan sehingga kini. Perniagaan saya bertambah baik, Alhamdulillah,” ujarnya.

Berkongsi lanjut kejayaannya berjaya membuka studio pembuatan kek di Samariang di sini merupakan berkat daripada hasil titik peluhnya sendiri.

“Pelbagai cabaran telah saya lalui untuk sampai ke tahap ini termasuk meraih kepercayaan daripada para pelanggan.”

“Perjalanan tersebut sangat diingati sehingga sekarang. Alhamdulillah, sekarang banyak pelanggan semakin mempercayai air tangan saya dan saya berasa gembira,” luahnya.

Beliau berharap produknya akan dikenali orang ramai termasuk pelanggan dari Semenanjung Malaysia pada masa akan datang.

Antara produk yang dihasilkannya merupakan variasi kek batik dengan empat perisa iaitu Horlicks, Matcha, Milo dan Coffee selain kek-kek lain seperti Tres Leches, Orange Loaf Cake, Soft French Buttercake dan banyak lagi.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan