KUCHING, 14 Mac: Selamat menjalani pembedahan akibat kecederaan di bahagian lutut, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menzahirkan penghargaan terhadap komitmen petugas kesihatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang merawat beliau.
“Saya amat kagum dan menghargai dedikasi dan kerja keras yang diberikan oleh setiap kakitangan HKL untuk memastikan setiap pesakit menerima rawatan yang terbaik,” katanya.
Perkara itu dikongsikan oleh Nanta pada satu hantaran di Facebook rasminya pada Isnin sebagai tanda menghargai jasa doktor, jururawat dan kakitangan HKL sepanjang beliau mendapatkan rawatan di hospital tersebut.
Difahamkan Nanta menjalani pembedahan pada lutut ekoran kecederaan lampau yang dihidapinya di bahagian berkenaan. -TVS