Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pembinaan tujuh pos baharu Pasukan Gerakan Am (PGA) di Sarawak antara usaha bagi memperketat kawalan keselamatan di sempadan Malaysia-Kalimantan. Foto: Bernama.

Pembinaan tujuh pos baharu PGA perketat kawalan keselamatan sempadan

ByBernama

KUALA LUMPUR, 14 Mac: Pembinaan tujuh pos baharu Pasukan Gerakan Am (PGA) di Sarawak antara usaha bagi memperketat kawalan keselamatan di sempadan Malaysia-Kalimantan.

Menurut jawapan yang disiarkan menerusi laman sesawang Parlimen hari ini, Kementerian Dalam Negeri (KDN) memaklumkan pos baharu PGA yang akan diwujudkan ialah Pos Raso, Lundu; Pos Stass, Bau; Pos Sapit, Padawan; Pos Tepoi, Serian serta Pos Gua Ming, Pos Kaluh dan Pos Sungai Putong di Sri Aman.

“Ini bagi memperkukuh kawalan sempadan negara di Sarawak khususnya dalam berhadapan dengan impak pemindahan ibu negara Indonesia ke Kalimantan Timur,” menurut kementerian itu bagi menjawab soalan Datuk Seri Richard Riot Jaem (GPS-Serian) berhubung langkah memperketat keselamatan di sempadan Sarawak-Kalimantan, Indonesia.

Selain itu, KDN memaklumkan 77 kilometer jalan rondaan keselamatan dirancang dibina dari Telok Melano, Lundu hingga ke Serikin, Bau di Sarawak bagi memastikan pelaksanaan tugas di sempadan negara dapat dijalankan secara lancar dan berkesan.

Kementerian itu turut melaksanakan penstrukturan semula PGA dengan mewujudkan satu Batalion baharu PGA iaitu Batalion 23 PGA (Sri Aman, Sarawak).

Menurut KDN ia bakal memberikan impak dalam keberkesanan kawalan sempadan dan kedaulatan negara bagi keseluruhan Sarawak dari segi kekuatan, kawasan tanggungjawab serta keberhasilan operasi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan