Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) bersama Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika melawat Sarawak pada Januari lepas. Foto: Fiqri Razak (TVS)

Parlimen: Perdana Menteri akan lancarkan Minggu Perpaduan Negara di Sarawak

ByAhmad Burhanuddin

KUALA LUMPUR, 14 Mac: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual melancarkan Majlis Sambutan Minggu Perpaduan Negara di Kuching, Sarawak pada hujung Mei depan.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, program berkenaan akan diadakan di seluruh negara dan Sarawak diberi penghormatan sebagai lokasi pertama penganjurannya.

“Perdana Menteri akan bersama kita (di Sarawak) untuk melancarkan program ini yang diisi dengan pelbagai program dan aktiviti yang menjurus kepada perpaduan dan integrasi nasional,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Aaron Ago berkata, sambutan di Sarawak akan berlangsung selama satu minggu.

Kata beliau penganjuran acara itu juga bertujuan untuk meningkatkan serta menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum, agama dan budaya di Malaysia.

Sementara itu, Aaron berkata, kerajaan telah melancarkan Kembara Perpaduan Malaysia MADANI di Muzium Negara pada 1 Mac lepas.

“Kita mempunyai beberapa kerangka dan dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu semarak kenegaraan, semarak perpaduan dan komuniti Rahmah.

“Selain itu, kita mempunyai program yang menyentuh kepada semarak kenegaraan bagi meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan penglihatan mengenai perlembagaan persekutuan dan prinsip rukun negara serta sejarah ketamadunan negara,” katanya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan