Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kerajaan memperuntukkan RM100 juta bagi memperluas perkhidmatan bergerak untuk memenuhi keperluan masyarakat desa dan pedalaman yang sering menghadapi kesukaran mengakses perkhidmatan disebabkan jarak perjalanan yang jauh. Foto hiasan, Envato.

Parlimen: Kerajaan tidak mampu ‘lawan’ tawaran gaji swasta kepada doktor pakar

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 14 Mac: Faktor gaji lumayan yang ditawarkan oleh sektor swasta kepada doktor menjadi antara cabaran dihadapi kerajaan untuk mengekalkan kepakaran perubatan tempatan, Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini.

Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, selain itu sektor perubatan swasta juga menawarkan peluang yang lebih baik sekali gus mendorong doktor pakar beralih ke sektor berkenaan atau berhijrah ke luar negara.

“Bagi saya masalah penghijrahan (doktor pakar kerajaan) ini menjadi satu perkara yang selalu dibincangkan.

“Masalah peluang dan gaji yang diberikan swasta memang kita (kerajaan) tidak boleh hendak compete namun ada beberapa perkara kita ambil pendekatan baharu untuk kekalkan sistem kepakaran dengan menggalakan kerjasama kerajaan dan swasta,” katanya di Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Dr. Alias Razak (Perikatan Nasional – Kuala Nerus) yang ingin tahu sama ada kerajaan membuat kajian berhubung isu doktor pakar yang berhijrah ke luar negara.

Sementara itu, Dr. Zaliha memberitahu, menerusi kerjasama kerajaan dan swasta, Kementerian Kesihatan (KKM) mampu untuk memberi peluang kepada doktor untuk meningkatkan kepakaran masing – masing.

” (Oleh itu), doktor pakar kita (KKM) kekal berada dalam perkhidmatan dan tidak diambil oleh swasta atau berhijrah ke luar negara,” katanya.

Pada masa sama, Dr Zaliha berkata, beliau berharap sebagai rakyat Malaysia, doktor perlu berjiwa besar untuk berkhidmat kepada negara berbanding memilih untuk bekerja di luar negara. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan