Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dewan Rakyat diberitahu pembayaran fasa kedua Bantuan Tunai Rahmah (BTR) akan dilakukan pada pertengahan April depan.

Parlimen: Fasa dua Bantuan Tunai Rahmah dibayar pertengahan April

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 14 Mac: Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, pembayaran fasa kedua Bantuan Tunai Rahmah (BTR) akan dilakukan pada pertengahan April depan.

Jelas Perdana Menteri, setakat semalam, seramai 320,103 pemohon telah mendaftar dan layak menerima bantuan berkenaan.

“Saya pohon mereka yang layak (terima BTR) mohon segera sebelum 31 Mac ini supaya dana ini dapat dikeluarkan sebelum Ramadan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Anwar berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Dr. Mohammaed Taufiq Johari (Pakatan Harapan – Sungai Petani) yang ingin tahun langkah kerajaan memastikan bantuan disediakan sampai kepada golongan sasar.

Sementara itu, Anwar turut memaklumkan BTR fasa pertama telah selesai pada Januari lepas membabitkan peruntukan sebanyak RM1.6 bilion.

Katanya, Kementerian Kewangan dan agensi terlibat sentiasa diingatkan supaya meringankan beban rakyat dan sehubungan itu beliau mahu BTR fasa kedua juga diselesaikan sebelum sambutan Hari Raya Aifilfitri. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan