Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Parlimen Sri Aman, Dato Sri Doris Sophia Brodie bercakap kepada TVS mengenai isu veteran ATM di lobi Parlimen di sini hari ini. Foto Firdaus Ismail (TVS)

Parlimen: Doris Sophia saran MINDEF adakan sesi dialog bantu veteran ATM tercicir BSH

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 14 Mac: Kementerian Pertahanan (MINDEF) disaran mengadakan sesi dialog bersama persatuan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Sabah dan Sarawak bagi menangani isu veteran ATM ‘tercicir’ mendaftar Bantuan Sara Hidup (BSH).

Ahli Parlimen Sri Aman, Dato Sri Doris Sophia Brodie berkata, sesi taklimat berkenaan kelak akan membantu golongan terlibat mendapat maklumat yang diperlukan mereka.

Katanya, perkara itu dapat dilaksanakan memandangkan terdapat banyak persatuan veteran ATM di Sarawak dan Sabah.

“Selain itu saya galakkan veteran yang layak supaya daftar BSH kerana ini akan bantu mereka terutamanya dalam aspek kos sara hidup,” katanya kepada TVS di sini hari ini.

Baca artikel berkaitan di sini >>> Parlimen: Ramai veteran ATM dari Sabah, Sarawak tidak daftar BSH

Semalam, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, MINDEF mengesan ramai veteran ATM di Sabah dan Sarawak yang tidak mendaftar untuk menerima bantuan RM300 yang disediakan oleh kerajaan.

Mengulas lanjut, Doris Sophia berkata, beliau berpuas apabila isu berkenaan dijawab oleh menteri di Dewan Rakyat selepas ramai Ahli Parlimen membangkitkan mengenai keadaan veteran ATM ketika perbahasan Belanjawan 2023.

“Oleh itu, saya menyambut baik maklumat yang dikongsi oleh Menteri Pertahanan dan saya sarankan usaha terus diambil oleh kementerian untuk bantu mereka,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan