Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa ketika sesi soal jawab pada Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15 di Bangunan Parlimen hari ini. Foto Bernama.

Parlimen: 7,993 pegawai perubatan sedang ikuti pengajian kepakaran

ByAhmad Burhanuddin

KUALA LUMPUR, 14 Mac: Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan seramai 7,993 pegawai perubatan sedang mengikuti pengajian kepakaran di bawah Program Sarjana Perubatan dan Parallel Pathway.

Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, daripada jumlah itu, seramai 4,586 orang merupakan pegawai perubatan lantikan tetap dan kontrak sedang mengikuti 23 bidang kepakaran di lapan buah universiti awam.

Kata beliau, seramai 3,407 pegawai tetap dan kontrak kementerian itu juga sedang mengikuti pengajian kepakaran merangkumi 14 bidang.

“Dalam usaha menggalakkan lebih ramai pegawai perubatan melanjutkan pengajian khususnya dalam bidang kritikal, KKM sentiasa mempergiat usaha termasuk bekerjasama dengan Kementerian Pengajian Tinggi menambah slot pengajian kepakaran bermula tahun ini kepada 1,500 berbanding 1,371 slot tahun lepas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Dr. Alias Razak (Perikatan Nasional – Kuala Nerus) yang ingin tahun statistik doktor yang sedang melanjutkan pengajian untuk menjadi pakar dalam kesemua bidang kepakaran di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Sementara itu, Dr. Zaliha turut memaklumkan, Program Kesihatan Awam KKM pula menawarkan Program Latihan PraKepakaran Perubatan Kesihatan Awam berkonsepkan mentor-mentee kepada pegawai perubatan lantikan tetap dan kontrak KKM yang berminat untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan kesihatan awam. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan