Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Fatimah mengalu-alukam Lawatan Rasmi Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), Dr John Chew ke Jabatan Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak. Foto: Diana Jayaseelan

Kolaboratif KPWK, SUHAKAM tangani isu kewarganegaraan – Fatimah

ByDiana Jayaseelan

KUCHING, 14 Mac: Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti negeri Sarawak (KPWK) bekerjasama dengan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) untuk menangani masalah status kewarganegaraan rakyat di negeri ini.

Menterinya, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata selain Kementerian Dalam Negeri (KDN) kolaboratif bersama SUHAKAM akan memberi sinar baharu kepada golongan ini kerana yang telah terkesan daripada segi pekerjaan, pendaftaran dan persekolahan.

Menurut Fatimah masalah status kewarganegaraan dalam kalangan kanak-kanak dan ibu bapa merupakan antara isu utama yang amat dititikberatkan oleh kerajaan.

“Walaupun jumlah yang terkesan masih banyak, usaha ini jauh lebih baik, lebih jelas dan berlangsung dengan lebih cepat berbanding proses-proses pada tahun sebelum ini,” tegasnya.

Dalam pada itu, Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia, Dr John Chew Chee Ming menekankan isu status kewarganegaraan di Sarawak merupakan fokus utama pihaknya ketika ini.

“Buat masa ini, kami akan fokus untuk mengatasi isu kewarganegaraan dan kesukaran dari segi pentadbiran yang berkaitan dengan isu tersebut bagi membantu golongan dan individu yang terkesan,” katanya.

Selain daripada menjelaskan peranan beliau sebagai pemerhati, penerima dan penyelesaian aduan dalam menangani isu kemanusiaan ini, Dr John turut menzahirkan perasaan berpuas hati terhadap usaha yang telah dilakukan oleh KPWK termasuklah KDN sebelum ini.

“Hal ini boleh dilihat melalui penubuhan jawatankuasa kewarganegaraan dan pemprosesan urusan dokumentasi yang pantas dan efektif melibatkan daripada 146 orang, lebih 30 individu akhirnya telah mendapat status kewarganegaraan.”

“Mereka antara pemohon daripada aplikasi sebanyak 946 yang terkesan akan mendapat jawapan menyeluruh pada bulan Jun 2023 yang akan datang nanti,” jelasnya,-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan