Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pendidikan Malaysia, Fadhlina Sidek. Foto: Fadhlina Sidek (FB).

Kokurikulum: KPM beri kelonggaran pelajar pakai baju sukan

ByBernama

NILAI, 14 Mac: Kementerian Pendidikan (KPM) memberikan kelonggaran kepada pelajar untuk memakai baju-T sukan bersesuaian semasa mengikuti aktiviti kokurikulum badan beruniform di sekolah.

Menterinya, Fadhlina Sidek, berkata keputusan itu dibuat bertujuan meringankan beban ibu bapa sekiranya tidak mampu membeli set pakaian badan beruniform menjelang sesi pembukaan sekolah pada 20 Mac ini.

“Soal baju kokurikulum, badan beruniform, juga menjadi isu, jika tidak mampu, pakai baju sukan sekolah untuk hadir dan mengikuti semua program kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Membangunkan Malaysia MADANI Peranan Sektor Pendidikan, di sini, hari ini.

Mengulas mengenai rungutan ibu bapa mengenai kelewatan pengumuman keputusan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang akan dikeluarkan pada Jumaat ini, Fadhlina berkata tarikh berkenaan adalah wajar dan tidak timbul isu kesuntukan masa untuk membuat persiapan ke sekolah baharu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan