Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sidang media sempena Majlis Pelancaran Skim Net Energy Metering (NEM) disempurnakan oleh Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Datuk Julaihi Narawi hari ini. Foto: Faitullah Morni (TVS)

Kerajaan Sarawak bantu Kerajaan Persekutuan laksana liputan internet

BySheera Abang Mansor

KUCHING, 14 Mac: Kerajaan Sarawak berperanan membantu Kerajaan Persekutuan dalam pelaksanaan projek rakyat terutamanya membangunkan liputan internet yang baik di seluruh negeri.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Datuk Julaihi Narawi berkata peranan itu juga dilengkapkan dengan penubuhan badan-badan kerajaan negeri serta suntikan dana bagi merealisasikan pelaksanaan tersebut.

“Malah kalau kita tengok, ia (peranan ini) seharusnya di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan. MCMC contohnya diberikan kebenaran untuk melaksanakan projek-projek di Sarawak dan Kerajaan Sarawak campur tangan dengan menubuhkan SMA, SDEC, malah menyuntik peruntukan sebanyak RM1.89 bilion.

“Banyak tu. Maknanya Sarawak sanggup membantu dan melengkapi apa-apa sahaja yang dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan. Kita bergerak proaktif,” katanya dalam sidang media usai Majlis Pelancaran Skim Solar Net Energy Metering (NEM) Perumahan Samariang, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Julaihi yang diminta mengulas komen Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying menyatakan tidak bersetuju berhubung pelaksanaan pertukaran buku fizikal kepada digital yang terhad kepada ketersediaan capaian internet di sekolah di seluruh negara.

“Jadi apa yang kita lakukan sekarang ialah berterusan. Sebab itu kita seboleh-bolehnya mensasarkan 7,000 menara telekomunikasi di seluruh Sarawak dan kita telah dapat membina sehingga kini lebih daripada 50 peratus menara telekomunikasi di seluruh negeri dan beberapa daripadanya masih berterusan,” jelasnya.

Beliau memberitahu, buat masa ini, Sarawak kekurangan tenaga kerja terlatih dalam pemasangan alat-alat telekomunikasi pada menara telekomunikasi di Sarawak.

“Sekarang ini, 70 peratus daripada erectors (pendiri) ini adalah daripada luar Sarawak. Hanya 30 peratus adalah erectors (pendiri) yang asalnya daripada Sarawak. Maknanya kita kekurangan tenaga kerja,” ujarnya.

Beliau berharap Sarawak suatu hari nanti dapat melatih lebih ramai tenaga kerja mahir bagi membantu pemasangan peralatan telekomunikasi yang sedang dilaksanakan kini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan