Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Allahyarham Bobby Chua Abdullah. Foto: Zafidah Yaakub (FB).

Bekas pemain Bujang Senang, Bobby Chua meninggal dunia

ByElani Rosllan

KUCHING, 14 Mac: Bekas pemain bola sepak Sabah dan Sarawak, Bobby Chua Abdullah meninggal dunia sekitar jam 2.25 petang tadi.

Khabar duka untuk peminat pasukan Bujang Senang itu telah disampaikan oleh isteri Allahyarham, Zafidah Yaakub menerusi satu hantaran di Facebook beliau.

“Suami saya yang tercinta, Bobby Chua Abdullah telah kembali ke Rahmatullah lebih kurang jam 2.25 petang tadi.

“Jenazah akan dibawa ke Surau Al Mustafa V19, KKIP barat Sepanggar untuk urusan jenazah dan akan segera dikebumikan di Tanah Pengkebumian Wakaf Kampung Kota,” katanya menerusi hantaran tersebut.

Difahamkan, sebelum ini, bekas pemain tengah yang berasal dari Inanam, Sabah itu mengalami penyakit saraf iaitu penurunan fungsi (degeneratif) pada sel saraf motorik yang berkembang dengan cepat disebabkan kerosakan sel saraf atau dikenali sebagai penyakit sklerosis lateral amiotrofik (ALS).

Allahyarham Bobby yang mula beraksi secara profesional sejak 1994 telah bermain untuk pasukan Sabah sehingga 1998 sebelum berhijrah ke Sarawak selain pernah diberi kepercayaan sebagai kapten pasukan dan menjadi antara pemain skuad Bujang Senang yang menyerlah pada ketika itu.

Allahyarham Bobby yang memeluk Islam pada 2014 juga terkenal dengan langkah yang pernah menggerunkan lawan ketika beraksi di padang pada era 1980-an dan 1990-an. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan